Selasa, 25 September 2012

Bismillah........
Assalamualaikum……..
Terima kasih tuan pengerusi majlis,panel kehakiman, serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada kali ke-2 ini, untuk menyampaikan sebuah pidato spontan yang bertajuk ”Benci Dadah”.Sebelum arena pemidatoan ini saya teruskan, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato ini.Secara keseluruhannya Benci Dadah dapat ditakrifkan sebagai  Keazaman dan Tekad Dengan Penuh Yakin dan Bertanggungjawab Untuk Tidak Terjebak Dalam Penyalah Gunaan  Dadah.

Hadirin sekalian,

Pada hari ini akan saya buktikan 2 fakta tentang Benci Dadah.

Benci DadahMenghancurkan Institusi Keluarga, Setiap penagih dadah ialah orang yang tidak dapat menguruskan diri sendiri , jadi bagaimana mereka hendak mengurus keluarga.    Semasa seseorang penagih itu dalam keadaan gian kerana tidak mendapat bekalan dadah yang diperlukan sebab ketiadaan wang.   Pada masa ini, mereka sanggup mencuri, meragut, menjual maruah anak-anak dan  isteri kepada sesiapa sahaja.  Telah banyak yang kita tonton dan kita baca di televisyen dan di dada akhbar, tentang anak dan isteri dilacurkan untuk  ditukar dengan dadah. Ibu pula dibunuh anak sendiri kerana mahukan wang untuk membeli  dadah.  Apabila seseorang penagih itu sedang khayal,  mereka tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling.  Penagih dadah bolehlah disamakan seperti ”Mayat Hidup”.    

Hadirin sekalian,

Seterusnya Benci Dadah – Kerana Merugikan Negara.  Setiap hari  kita boleh menonton melalui televisyen dan membaca di dada akhbar tentang penyalahgunaan dadah oleh para remaja.  Jika dahulu kesalahan merokok oleh pelajar adalah satu kesalahan serius di sekolah  tetapi hari ini ditambah lagi dengan penyalahgunaan dadah .  Ramai remaja yang mengunjungi kelab malam ditangkap oleh pegawai penguatkuasa kerana didapati positif dadah.  Dadah daripada jenis pil axtescy, pil kuda dan shabu  adalah dadah yang popular kalangan remaja.   Sebenarnya dadah-dadah ini diedarkan oleh sindikit yang ingin menghancurkan negara kita.  Sudah semestinya sesebuah negara itu akan hancur jika remajanya menagih dadah.  Imam Al-Ghazali pernah berkata ” Kalau kamu ingin melihat pemimpin hari esok, lihatlah  remaja hari ini”.     

Hadirin Sekalian ,
Kesimpulannya, menagih dadah itu adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang  dan agama .

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan