Selasa, 25 September 2012

Bismillahirohmanirrohiim.
Assalamualaikum whb.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim, guru-guru serta hadirin sekalian.
Sekali lagi kita bertemu diarena pidato spontan.  Pada kali ini saya akan menyampaikan sebuah pidato spontan yang bertajuk JALUR GEMILANG KEMEGAHANKU.

Pada hari ini akan saya kemukakan 2 bukti Jalur Gemilang , sememangnya menjadi kemegahan kita rakyat Malaysia.
Jalur Gemilang ialah bendera Malaysia yang menggabungkan warna kuning, biru, merah dan putih serta mempunyai 14 jalur , bulan sabit dan bintang.

HS
Mengapakah Jalur Gemilang menjadi kemegahanku?
Pertama: Jalur Gemilang Kemegahanku sebagai tanda kedaulatan sebuah negara merdeka. Tanggal 31 Ogos 1957 , Jalur Gemilang dinaikkan  dan berkibar sebagai lambang negara bebas dan bermaruah.  Sebagai tanda kasih dan sayangkan Negara Malaysia , Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan di seluruh negara.  Betapa jalur Gemilang kemegahanku dapat dilihat apabila menjelang Hari Kebangsaan. Jalur Gemilang dikibarkan di rumah, premius perniagaan , pejabat dan juga kenderaan.  Ini semua dilakukan kerana Jalur Gemilang adalah kemegahan semua rakyat Malaysia.

HS
Kedua:  Jalur Gemilang kemegahanku bersama slogan ”Malaysia Boleh” .
Di mana ada kejayaan rakyat Malaysia di situlah berkibarnya Jalur Gemilang.  Ini bermakna Jalur Gemilang dan slogan ”Malaysia Boleh” sangat sinonim . Kita dapat melihat apabila Jalur Gemilang mengelilingi dunia di lautan luas bersama Datuk Azhar Mansor .  Jalur Gemilang berkibar megah sebanyak 3 kali di puncak tertinggi di dunia iaitu diGunung Everest apabila pendaki-pendaki negara termasuk seorang wanita berjaya membuktikan kemampuan rakyat Malaysia .Jalur Gemilang juga berjaya merentasi kutub Utara bersama Datin Paduka Syarifah Mazlina. Kejayaan demi kejayaan inilah menjadikan Jalur Gemilang kemegahanku.

Kita perlu pertahankan agar Jalur Gemilang terus berkibar menjadi kemegahanku.  Sebagai rakyat Malaysia kita perlu pertahankan kemerdekaan.  Kekalkan perpaduan , majukan negara  dari segi ekonomi dan kestabilan politik.  Kita perlu menjadi rakyat yang benar-benar berkualiti dan menyumbang ke arah kemajuan negara agar Jalur Gemilang akan terus berkibar sebagai lambang negara bermaruah dan berdaulat.

Kesimpulannya: Sebagai seorang rakyat Malaysia kita mestilah sanggup berkorban demi
negara tercinta.  Biar putih tulang jangan putih mata. Abraham Lincon pernah berkata ” Jangan tanya apakah sumbangan negara kepada kita , tetapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. 

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan