Selasa, 25 September 2012

Bismillahirohmanirrohiim.
Assalamualaikum whb.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis , barisan panel hakim, guru-guru serta hadirin sekalian.
Sekali lagi kita bertemu diarena pidato spontan.  Pada kali ini saya akan menyampaikan sebuah pidato spontan yang bertajuk MEMBACA AMALAN MULIA
Pada hari ini akan saya kemukakan 2 bukti betapa pentingnya membaca bagi masyarakat negara kita untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

HS
Pertama: Membaca Amalan Mulia-untuk mengisi masa lapang. Jika kita mengamalkan budaya membaca kita tidak akan membuang masa lapang kita.  Sesungguhnya masa itu ibarat emas jadi janganlah kita membuangnya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.  Dengan membaca juga kita akan dapat menghindari daripad budaya hidonisme yang kian menular dikalangan remaja pada hari ini.  Budaya hidonisme seperti melepak di pusat hiburan, berbual-bual kosong dan pelbagai lagi tidak harus kita amalkan tetapi sebaliknya amalkan budaya membaca agar masa lapang kita diisi sepenuhnya dengan perkara yang berfaedah   Dengan cara ini juga , kita bakal melaksanakan kempen Mari Membaca Tahun 2006.

HS
Kedua:  Membaca Amalan Mulia untuk menambahkan ilmu pengetahuan .Fikirkan jika kita rajin membaca sudah pasti kita akan mendapat banyak ilmu pengetahuan. Bahan bacaan seperti buku sains, sejarah, geografi, buku-buku agama, majalah dan surat khabar.  Rencana yang di siarkan di dalam surat khabar seperti pengeboman di Iraq dan konflik Israel-Palestin sudah semestinya dapat menambah pengetahuan kita tentang dunia luar.  Bahan bacaan yang berunsur ilmiah haruslah kita jadikan pilihan untuk kerana dapat menjadikan kita sebagai seorang rakyat malaysia yang celik ilmu.  Sesungguhnya ilmu manusia impama setitis air di lautan .  Apabila kita rajin membaca sudah pasti kita akan menjadi seorang yang lebih berilmu. Dengan ini menjadikan kita rakyat Malaysia ”berdiri sama tinggi, duduk sama rendah ” dengan rakyat negara-negara yang rajin membaca dan berilmu tinggi seperti Jepun.
Bagi seorang pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan sama ada UPSR, PMR, SPM atau STPM haruslah membaca buku-buku pelajaran seperti sains, sejarah, geografi dan sebagainya setiap hari sebagai ulang kaji atau persediaan menghadapi peperiksaan.

HS
Kesimpulannya: Laba yang kita peroleh melalui membaca dengan mengisi masa lapang dan menambah ilmu pengetahuan dapat menjadikan kita seorang yang rajin membaca dan mempunyai ilmu yang tinggi.  Dengan ini kita dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekian , terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan