Selasa, 25 September 2012

Bismillah........
Assalamualaikum……..
Terima kasih tuan pengerusi majlis,panel kehakiman, serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada kali ke-2 ini, untuk menyampaikan sebuah pidato spontan yang bertajuk ”Cintai Alam Sekitar”.Sebelum arena pemidatoan ini saya teruskan, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato ini.Secara keseluruhannya Cintai Alam Sekitar dapat ditakrifkan sebagai  Perasaan Kasih Sayang Yang Mendalam Terhadap Bumi Ini.

Hadirin sekalian,

Pada hari ini akan saya buktikan 2 fakta tentang Cintai Alam Sekitar.

Cintai Alam Sekitar  daripada Pencemaran Udara.- Pencemaran udara akan menjejaskan kualiti udara dan kesihatan kita.   Hal ini demikian kerana udara yang telah tercemar dengan asap, habuk, gas, karbon monoksida dan sulfur dioksida menyebabkan kesihatan kita terjejas.   Sebagai contohnya fenomena jerebu yang berlaku menyebabkan atmosfera diliputi zarah-zarah halus dan habuk-habuk terampai memudaratkan manusia dan mendekatkan jarak penglihatan.   Keadaan ini menyebabkan manusia berada di dalam rumah dan aktiviti penerbangan terpaksa dihadkan.

Hadirin sekalian,

Seterusnya  Cintai Alam Sekitar daripada Pencemaran Air- Pencemaran air pula akan memberikan kesan kepada kualiti air dan kehidupan di air.   Pencemaran ini berlaku apabila kilang-kilang yang didirikan sepanjang sungai melepaskan bahan-bahan toksik yang mencemarkan air sungai.   bahan-bahan toksik ini manghalang oksigen sampai kepada hidupan sungai.   Apabila ini berlaku , air sungai yang merupakan sumber utama air kepada manusia akan menjadi tidak selamat untuk digunakan.   Sebagai contohnya , banyak sungai di negara kita telah tercemar seperti Sungai Klang.  Oleh itu , air yang merupakan bahan asas yang sangat penting dalam kehidupan akan terjejas.

Hadirin Sekalian ,

Kesimpulannya, cintai alam sekitar kerana alam sekitar dengan kehidupan manusia sama seperti ”aur dengan tebing” saling memerlukan antara satu sama lain.  Sesungguhnya adalah sangat jelas bahawa aktiviti manusia yang tidak menyintai alam sekitarlah yang  menyebabkan pencemaran pada hari ini.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan