Selasa, 25 September 2012

DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI PENGHUNI ASRAMA

Bismillah........,
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan.  Tampilnya saya pada hari ini untuk menyampaikan sebuak pidato yang bertajuk ’Disiplin Asas Kecemerlangan Diri Penghuni Asrama’.

Sebelum arena pemidatoan ini saya teruskan, eloklah kiranya kita sama-sama memahami intipati yang terkandung dalam tajuk pidato ini. Berdasarkan Kamus Dewan, ’Disiplin Asas Kecemerlangan Diri Penghuni Asrama’ membawa maksud peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang menjadi baik, menjadi dasar kegemilangan individu yang mendiami bangunan secara kumpulan.

Hadirin sekalian,

Hari ini akan saya buktikan 4 peranan DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN DIRI PENGHUNI ASRAMA.

Pertama,
Disiplin Asas Kecemerlangan Diri Penghuni Asrama-Dalam Bidang Akademik .
            Budaya dan disiplin dalam menggunakan masa sebaik mungkin bakal melahirkan penghuni asrama yang cemerlang dalam akademik.

Menurut Dr.Hanafi Ismail di dalam bukunya yang bertajuk ’7 Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang’ ”Untuk mencapai kecemerlangan anda, anda perlulah menguruskan diri anda.  Tetapi untuk menguruskan diri, anda perlu terlebih dahulu menguruskan masa anda.”

          Setiap pelajar telah ditetapkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Masa yang telah ditetapkan di sini membentuk disiplin penghuni asrama dari segi pengurusan masa dan jadual belajar .  Para penghuni akan mengulangkaji pelajaran  , menyiapkan kerja sekolah , berbincang tentang pelajaran dan sebagainya.  Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama juga dimestikan mengikuti kelas-kelas tambahan pada masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan asrama.  Jadi sememangnya para penghuni asrama lebih berpeluang untuk mancapai kecemerlangan dalam bidang akademik .









H/S

Kedua,
Disiplin Asas Kecemerlangan Diri Penghuni Asrama dari sudut Kecemerlangan Sahsiah.
Di asrama terdapat pelbagai peraturan dan aktiviti yang membentuk disiplin diri dan seterusnya sahsiah yang cemerlang.  Setiap penghuni perlu mematuhi peraturan-peraturan asrama seperti menepati waktu tidur dan belajar . Budaya mengucap dan menjawab salam  juga sebenarnya satu cabang bembentukan kecemerlangan sahsiah yang diterapkan di asrama.    Bergerak dalam barisan, setiap kali ke surau, ke dewan makan, dan ke kelas, mencerminkan disiplin ke arah kecemerlangan sahsiah.  Di samping itu, penekanan program keagamaan dan moral yang sedia ada di asrama, mendidik agar menepati masa, menghormati orang lain, mengamalkan perbuatan baik dan menjauhi kemungkaran telah mampu membentuk disiplin diri penghuni asrama dan seterusnya membawa kepada kecemerlangan sahsiah.

H/S

Ketiga,
Disiplin Asas Kecemerlangan Diri Penghuni Asrama-Kecemerlangan Kepimpinan.
Seseorang penghuni asrama yang dilantik sebagai jawatankuasa asrama, dilatih dan dibimbing ke arah membentuk kepimpinan yang cemerlang. Untuk itu, disiplin adalah perkara yang sangat penting dalam membentuk kecemerlangan kepimpinan dikalangan diri penghuni asrama.  Kerana terlalu pentingnya kecemerlangan kepimpinan penghuni asrama maka Tn.Haji Abdullah Thani atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Ndak telah membawa  pemimpin terbaik asrama Negeri Kedah ke Ulu Legong dan baru-baru ini ke Lumut Perak untuk mencari bakal Tokoh Pemimpin yang akan mewakili Negeri Kedah ke ASAT 2007 di Sarawak.

 Untuk pengetahuan para hadirin, kepimpinan negara yang ada pada hari ini adalah pemimpin-pemimpin ketika berada di asrama, di sekolah masing-masing. Contohnya, Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr.Mahathir Mohamad adalah salah seorang pemimpin di asrama semasa menuntut di Kolej Sultan Abdul Hamid.
Menurut Muhamad Kamil Ibrahim dalam bukunya yang bertajuk ’Kecemerlangan Remaja’:
”Langkah pertama untuk menjadi pemimpin ialah keupayaan untuk memimpin diri sendiri .”








H/S


Keempat,
Disiplin Asas Kecemerlangan Diri Penghuni Asrama-Kecemerlangan Jatidiri.
Tidak dapat dinafikan , bagi membentuk jatidiri individu penghuni asrama, disiplin diri amat penting.  Ketika di asrama, disiplin  penghuni asrama bakal membentuk nilai-nilai jatidiri dikalangan  penghuni asrama  melalui berdikari,setiap  penghuni asrama tinggal di asrama tanpa ditemani oleh ibu bapa, lantas terpaksa melakukan sendiri kerja-kerja mencuci pakaian dan kekemasan diri.  Ketika di asrama juga disiplin   penghuni asrama bakal membentuk nilai-nilai jatidiri dikalangan penghuni asrama melalui  bekerjasama .  Para penghuni asrama akan sama-sama berganding bahu dalam melakukan aktiviti keceriaan bilik dan kawasan asrama atas rasa tanggungjawab. Di samping itu wujudnya pembimbing rakan sebaya, melalui sikap saling  membantu dalam bidang pelajaran.   Disiplin yang membentuk jatidiri yang cemerlang ini menjadikan penghuni asrama  yang matang, mempunyai daya tahan, berfikiran luas dan yakin pada diri sendiri . 


Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa penghuni asrama yang cemerlang adalah penghuni yang berdisiplin dalam kehidupan seharian.  Saya yakin tanpa disiplin hasrat para pemimpin negara untuk merealisasikan Wawasan 2020  tidak akan terlaksana.   

Empat fakta saya kemukakan , kini izinkan saya mengundurkan diri.

Wabillah hi’taufik walhidayah,
wassalaamualikum warah matullahiwabarokatuh.

Sekian , terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan