Selasa, 25 September 2012

Bismillah........
Assalamualaikum……..

Terima kasih tuan pengerusi majlis,panel kehakiman, serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada hari ini untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk ”Patriotisme Tunjang Perpaduan Nasional”.Sebelum arena pemidatoan ini saya teruskan,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato ini.Secara konseptual,Patriotisme Tunjang Perpaduan Nasional dapat ditakrifkan sebagai perasaan cintakan tanah air sebagai faktor terpenting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Hadirin sekalian,

Pada hari ini akan saya buktikan 4 fakta yang menunjukkan bahawa perasaan cintakan tanah air adalah faktor terpenting membentuk perpaduan di negara kita.

            Patriotisme  Tunjang Perpaduan Nasional- Dalam Kalangan Kepemimpinan Negara.  Tidak dapat kita nafikan bahawa perasaan cintakan tanah air lah membentuk perpaduan dalam kalangan pemimpin.  Sejarah telah membuktikan bagaimana Tunku Abdul rahman, tan Cheng Lock dan Tun Sambathan mampu bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.  Senario ini berterusan hinggalah ke hari ini.  Patriotismelah yang telah menyatukan kepemimpinan negara biarpun pelbagai bangsa dan agama.  Hasilnya kita bukan sekadar mampu mencapai kemerdekaan, malah mampu menjadi negara membangun dan kita bergerak ke arah negara maju.  Patriotisme yang membentuk perpaduan kepemimpinan negaraini merupakan lambang kehebatan sesebuah negara. 

            Seterusnya, Patriotisme Tunjang Perpaduan Negara – Dalam Kalangan Rakyat Malaysia.  Cuba kita bayangkan jika tidak adanya patriotisme , sudah pasti akan berlaku perpecahan, perbalahan, pertelingkahan kaum di negara kita.  Peristiwa 13 Mei 1969 sudah banyak memberi pengajaran bahawa perpecahan satu kerugian.   Setelah hampir 51 tahun kita merdeka, patriotisme yang menebal di hati rakyat membolehkan kita hidup aman sentosa.   Pemimpin-pemimpin luar yang mengunjungi Malaysia, menampakkan kehairanan,  kerana rakyat Malaysia mampu hidup aman biar pun palbagai bangsa.  

Hadirin sekalian,

Patriotisme tunjang Perpaduan nasional- Melalui semangat Kesukanan.  Kita melihat masyarakat Malaysia bersatu apabila wakil negara dalam bidang sukan mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.  Pada ketika itu, masyarakat Malaysia yang cintakan tanah air akan sama-sama memberi sokongan moral kepada ahli sukan   tanpa mengira bangsa atau agama.  Contohnya ketika Lee Chong  Wei dan Nikol n David berjuang untuk negara,  rakyat daripada pelbagai bangsa memberikan sokongan yang padu .  Inilah patriotisme dalan sukan membentuk perpaduan nasional.


Akhir sekali, Patriotisme Tunjang Perpaduan Nasional – Melalui Perasaan Kemanusiaan.  Perasaan cintakan tanah air telah menyatupadukan rakyat Malaysia untuk bersama-sama memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan .   Perasaan cintakan tanah air dan tidak meletakkan beban di bahu pihak kerajaan semata-mata.  Ini dapat kita lihat, kejadian bencana Tsunami pada 26 Disaember 2004 telah menyatupadukan masyarakat Malaysia untuk memberi bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.  Semua ini berlaku kerana  perasaan cintakan tanah air dan seterusnya membentuk perpadua Nasional.


            Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa tanpa adanya perasaan cintakan tanah air,  tidak mungkin akan menyatupadukan rakyat.  Rakyat Malaysia mampu kekal bersatu keranan patriotisme yang tinggi.

Sekian, terima kasih.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan